Isnin, 31 Januari 2011

Tipu Otak - Doa Bangun Tidur

credits: glassgal187


Bila jam dah berbunyi pada awal pagi,
terus senyum sambil menutup alarm itu.
Nak best lagi, silalah ketawa dengan bersopan.

Teknik ini akan menipu si otak bukan otak-otak.
Si otak akan tertipu ~ dia ingat kita sangat suka bangun pagi Isnin yang hujan ni..

Sekian. 

#Rapi=2009
*Jangan lupa baca doa bangun tidur:
Segala puji hanyalah untuk ALLAH yang telah menghidupkan kami
setelah Dia mematikan kami. KepadaNyalah tempat kembali.



Sabtu, 29 Januari 2011

Heartbeat VS Nuffnang - Duit di Hujung Jari

duit melimpah ruah dgn hb!

Hearbeat = hb.
Perasan tak tentang kewujudannya?
Hb ialah tempat shopping online. Kita boleh shopping &  personalized our own gifts. Best kan! Apa yang dijual?
Macam-macam ada: T-shirt, mugs, kusyen etc. Sambil tu, depa offer jadi affiliate member. Maknanya boleh menjana pendapatan sampingan secara atas talian, macam nuffnang korang yang selalu masyuk tu.. sambil blogging dapat duit kan? wok PA aku yang tengah makan jagung tu pon ade n3 pasal hb ni.

Klik je sini kalau ada apa2 kemusykilan pasal hb ni. Depa dah sediakan FAQ, beres!!
* Hb bukan pesaing Nuffnang. So memang depa takkan gaduh. No isu curang or poligami what so ever.

Nak bukti?
Sorry, akaun saya besar sangat amaunnya. Malu nak tunjuk! hihi..
Bukti penting boleh tengok kat blog MamaZharfan & ms Kella:

* Full tutorial & QnA daripada MamaZharfan yang jauh di perantauan. MZ ajar dari Alif sampai Ya ~ cara2 nak join hb ni & bukti akaun beliau yang dah berjuta2 RM ni.
lebih senang drpd tepek kod nuff ;)

* Bukti Heartbeat tak kacau Nuffnang = ms Kella


 
* Akhir kata: Pecah kaca pecah gelas. Sudah baca 'Sila klik   hb saya tu ya'.
Lepas klik, sila buzz me. I'll click yours. Join tau & mari kaya bersama-sama.
Insya Allah... sayang semua especially MamaZarfan !! :)

* Rasanya prestasi hb lagi menarik drpd nuff...


Jumaat, 28 Januari 2011

Tips KENTUT WANGI

O Gloria...!! ~ credited: fanpop.com

Kentut atau bahasa indahnya ialah 'buang angin'.
Ada ke kentut wangi? Kentut tanpa bunyi biasanya
TAK WANGI berbanding yang BUNYI KUAT.

 Kalau nak menghadiri temu bual temu duga, dating meeting atau kenduri kendara waima naik kenderaan awam, sila JANGAN makan makanan bergas dalam tempoh
 4-5 jam sebelum keluar rumah.

Adapun contoh makan makanan bergas itu ialah:
 *brokoli, kubis, lada hitam, air bergas & cinggam 
gula-gula getah!
lo, baru je nak KURUS-kunyah gegula getah. Terpaksa gemuk balik!!

** tindak balas makanan bergas tu bergantung kepada perut masing-masing.

Selasa, 25 Januari 2011

Kunyah Untuk KURUS!!

 OGGY & the cocroaches
~animsvet.cz~

 Sila kunyah gula-gula getah.
~ dapat elakkan rasa lapar &
kurangkan rasa nak makan je..

Maka teknik ini boleh kurangkan berat badan!! ;)

*Teknik ini telah dikaji oleh:
1. Obesity Society-New Orleans, Louisiana
2. Univ. Caledonian Scotland

#RAPI-2009

* Sunnah Nabi~kunyah perlahan-lahan ketika makan.

Ahad, 23 Januari 2011

Cara Mudah Tentukan Kegemukan




Sila angkat tangan lurus ke atas.
CUBIT bahagian yang menggeleber.
Kalau tebalnya LEBIH daripada 2 sentimeter,
maknanya anda COMEL/TIDAK kurus!!


Teknik ni namanya CUBIT.
Teknik cubit ini juga boleh dipraktiskan pada bahagian   perut, paha & betis. aarrrrggghhhh!!!!


JULIE yang glamer seantero dunia..




 

Jumaat, 21 Januari 2011

Tips Kepada Yang Bujang je~8 Steps to Being Single & Happy

credited: kmwithlori

1. Buat senarai berkenaan semua perkara
yang berlaku pada diri anda.

2. Tanya diri sendiri: 'ape yang ko nak?'
Ketahui kekuatan diri anda.

3. Apabila anda kenal diri sendiri,
 anda tak perlukan orang lain to complete U.

4. Inilah masanya dalam hidup anda yang semua pendapatan & pendapat adalah milik anda.

5. Cari the silly in U & have fun not being judged!

6. Go on dates without comitting to a relationship,
UNLESS u  CHOOSE to.

7. Tentukan hari anda. Look good for yourself.
Tak do partner tak bermakna anda selekeh je..

8. Hidup bujang=adventure!!
Discover' what U are supposed to do is the fun part.
So let loose & explore!!

# sumber: Her World/Feb 2010.


news.bbc.co.uk
 
Tips aku: berhati-hati pilih kawan!

 
 

Rabu, 19 Januari 2011

Senaman Memanjangkan Kaki

Mem MarthaStewart ade ajar senaman untuk menguatkan kaki.
Dia suruh masuk dalam rutin kita untuk  improve strenghth & balance.
Tambahan pula, ia boleh membantu kita mencegah kecederaan & sakit lutut.



kiosk lembu susu yang comel; ade ciken, itik & bebiri

CARA-CARA:

1. Calf Lift = Berdiri tegak kat hujung stepper atau anak tangga.
                    (Pegang dinding kalau x stabil).
                    Jengket perlahan-lahan setinggi yang boleh. Then turunkan tumit
                    perlahan-lahan sampai kedudukannya lebih rendah drpd tangga.
                    Ulang 10 kali. Buat perlahan-lahan ye.. x paham?
klik je kat link mem tu :)
*Boleh panjangkan kaki ni*

2. Squat = Buat macam nak duduk atas kerusi. Angkat tangan lurus
atau folded (tengok pix kat mem tu punye web ye).
                  Aksi macam nak duduk tadi tu agak2 je. 
                  Dia pesan, jangan bagi lutut tu lebih drpd hujung kaki
(pandai-pandai la bayangkan ye).
Berat badan rasa kat  tumit (beratnya!!) & paha sakit oooo...
Buat aksi tu 10 kali, perlahan-lahan.

3. Forward Lunge = Berdiri tegak. Langkah kaki kanan ke depan
(langkah besar!). Kaki kiri pula direndahkan-tumit diangkat.
Turun perlahan-lahan sampai lutut kanan tu boleh mencapai
sudut tegak 90 darjah.
Lutut kiri pula jarak 2 inci dari lantai (kalau boleh) & selari dengan ankle.
Tahan & ulang lagi 9 kali. Rase tegang paha2 ku.. 
Kemudian sila tukar kaki ye.. Ulang lagi 10 kali. Jangan ngelat!!
                 

Susah tak kerja jadi PMBRR ni? macam best je;)

# Squat & Lunge boleh kecikkan paha/betis.

* Tahun ni, tinggi naik 2 inci seiring dengan naiknya berat:(
   Adakah alat pengukur 2 in 1 tu rosak??



Isnin, 17 Januari 2011

Tips Cepat Kurus dengan SAMBAL KURUS/SALAD KURUS!!

Pernah tengok sambal kurus?
Sila rujuk gambar di bawah ye:



sambal kurus/salad kurus.

testimoni daripada ibu Amani @ Nene.
Pelakon: 'bibik aku' yang pemalu
Pengarah: macam biase. hehehe...!


Bahan-bahan:
Halia - hiris halus
*Bilis - disangan (goreng tanpa minyak)
*Lada Hitam - ditumbuk
Pegaga/Bunga Kantan (tidak diwajibkan)
Perahan limau nipis
# sukatan - macam biasa, agak-agak je @ sesuka hati!!

ok,
lebih kurang macam ni ye:)


halianya kurang halus ni..hhmmmm..




sesi menumbuk: alas lesung dengan kain ye..
terpaksa pas baton lesung sebab mem kecik meragam!

 
* Amani (mem kecik) *

# Jangan tambah cili api, nanti pedas sangat! kesian perut...
Selamat mencuba & sila hubungi pihak kami kalau anda berjaya turunkan kilogram:)
BERUSAHA!!



Sabtu, 15 Januari 2011

Doa Pendekat Jodoh & Putus Cinta

TQ to istockphoto.com

AJL 25 dah habis tapi kontroversinya turut memberi kesan kepada top 5 ABPBH 2010.
Hebatkan penangan AJL tu..! Keputusan=muktamad oleh juri2 prof bukan undi SMS. Faizal Tahir & Yuna yang tak menang tu tetap menang di hati peminat-peminatnya. Tapi rezeki lebih menyebelahi Cik Ana Raffali ye:)

Selain daripada itu, sepanjang 14 hari tahun 2011 ni, isu panas yang selalu keluar masuk surat khabar ialah kontroversi novel Interlok, Fasha S dot dot dot, kekurangan minyak masak, Misbun & BAM, Safee nak p Indon, penderaan kanak-kanak & buang bayi..hhhmmmm..   (spot topik esei ni!!) 

** Sekian, sekilas berita semasa di Malaysia & rakyat Malaysia di luar negara**

Sekarang aku nak bayar hutang kepada tag Sis Rafina yang diingati lagi baik hati:)
Beliau sangat rajin mengemas kini blognya walaupun terpaksa bertungkus-lumus membahagi masa dengan tugas hakiki sebagai isteri, ibu dan career woman.
minta maaf banyak2 ye mem. lambat sangat sebab ada halangan yang merintang (alasan!)




Disebabkan dah lewat sangat ni, saye jawab soalan no.3 je.
Pernah jumpa doa pendekat jodoh & putus cinta?
~ Jawapannya ialah BARU pernah jumpa bila terbaca buku ini!! (jwb dgn gembira)

RM15 sahaja, Sabah & Sarawak RM16, Labuan?

* Doa pendekat jodoh di muka surat 73 manakala doa putus cinta
  di muka surat 65. Murah je buku tu.
* Boleh juga melayari darussyifa & halaqah.net
* kalau google pon, banyak entry pasal topik ni.

Sekian. 'Selamat beramal' kata Prof Izzi ;)

yeayy!! updated!!

Ahad, 9 Januari 2011

Review Season of the Witch

* Filem ini sudah ditayangkan (di pawagam sahaja) bermula pada 6 Januari 2011 (bukan sempena DOB). Nak tunggu tayang kat tv/Astro, lambat lagi kot..

# TIPS: kalau rasa takut menyesal tak best, silalah pergi hari Rabu (RM8 je).

Ulasan Cerita:
Dimulai dengan perang, perang & perang pada abad ke 14 (ada short scene Perang Salib-antiklimaks mood nak tengok!). Tapi bagi menghargai pihak Nuffnang, mestilah stay sampai habis:)

Bila ada scene perang, maka adalah pendekarnya iaitu bukan pendekar berkuda-blogger tu. Beliau ialah Nicholas Cage (macam kat poster tu laa..) Beliau bersama bff nya ditugaskan membawa ahli sihir yang disyaki ke satu tempat untuk menghapuskan wabak, yang dipercayai angkara ahli sihir itu. Banyak rintangan nak menuju ke tempat itu. Kena masuk hutan Wormwood, bergusti dengan serigala, lalu jambatan gantung yang nazak & kuasa sihir sekali. Sampai ada yang terkorban. Kesian..

Susah nak shooting ni. Costumes, pedang & set lokasi memang best. Rasa masuk ke abad tu.
 

Ini baru betul Pendekar Berkuda!! Kalu ikut skrip sebenar....dia sepatutnya pi kg aku, jumpa ngan mak bapak aku. Eceh! Tapi susah nak buat scene tu.....mak bapak aku cakap jawa, depa cakap omputeh. Kompius penonton nanti.


bff~ingatkan garang tapi kelakar....tapi kan, macam ku kenal jer karakter ni (Tetibe teringat MsJ).

Inilah ahli sihir itu. Jangan tak percaya, yang cantik sempurna itu tak semestinya baik...
Suspected witch! hehehe...Tapikan aku tak paham nape skripnya mesti heroin ni naked at the end tu. Kalu buat pakai baju....rasenya OK jer. Hmmm....guys suke kot. Nak tau lebih...korang kena tengok sendiri.

# memang tak suka witch & yang sekutu dengannya sebab depa suka manipulate kaum yang lemah. Awas!!


Scene yang sangat cantik!

Khamis, 6 Januari 2011

SENTAP! Hati-hati dengan blogger ini..

Salam.
Cuma nak bagitahu, aku sangat terkedu apabila masuk dalam 2 blog ini.
(rasanya bukan blog porno tapi mampu membeliakkan mata semua pembaca Malaysia, tanpa mengira jantina, kaum, umur, kerjaya dan latar belakang).

Kalau korang tipis iman (macam aku), sila jangan buka. ok?
pesan awal-awal ni.. Aku tidak akan bertanggungjawab
dan seperti biasa; at your own risk!


komen daripada entry  ini


* pengalaman ngeri pada awal 2011. aiyaaakkkkkk!!!
   hari ini, siaran TIPS ditiadakan buat seketika. penganjur masih lagi
   mengalami kejutan & kekecewaan ni... 

# 2 orang bloggers ini pernah memberi ulasan membina di blog korang ke? 

Selasa, 4 Januari 2011

Keburukan SOYA.. Penting Untuk Generasi Muda!


credit to foodstreet.com.my


Minum soya bukanlah bagus sangat walaupun air soya
yang aku buat kelmarin tu-BEST!!..
(tak percaya la tu! sila rujuk dengan  PA aku yang comel ni-comel ke??).
Ada orang cakap bagus dan ada juga yang sebaliknya.

Untuk pengetahuan aku sendiri dan semua pembaca yang disayangi sekalian (ceh! aku sayang korang lo!!), sesungguhnya pengambilan soya secara berlebihan akan membawa kesan-kesan sampingan. Kita selaku pengguna bijak perlu lebih banyak mengkaji & menggali rahsia itu supaya kita sentiasa bijak memilih:)

Siasatan bebas aku di alam maya ini menunjukkan beberapa bloggers memberikan findings berikut:

1. Boleh merencatkan kehidupan sperma.
2. Merencatkan pertumbuhan kanak-kanak.
3. Menggalakkan bayi membesar secara lebih cepat
    drpd kadar biasa. (tadi rencat yang ni galak? agak mengelirukan ni!)
4. Soya boleh menyebabkan nyanyuk, antizat &
    ejen barah!

   * TETAPI TEMPE dan kicap soya tu bagus sebab sudah
   melalui   proses penapaian (bukan menjadi tapai!)

   Agaknya semasa proses penapaian itu, agen2 jahat 
   akan terencat/mati kot tapi jangan  makan tempe
   yang mentah. Buatlah sambal goreng iaitu menu
   wajib  hari raya (orang Jawa) atau tempe goreng
   bubuh  garam+kunyit+jintan+ketumbar (kalau rajin!)

* Moral: Mungkin lebih baik kalau tak minum terus
             air soya ni. Dakyah US je yang cakap soya
             ini bagus sebab mereka=pengeluar soya terbesar!
             Politik bisnes la tu.. sila makan tempe banyak-
             banyak supaya pipi anda jadi gebu seperti Dato' K
             Dato' Dr KT itu (dia cakap laaa..!)

Isnin, 3 Januari 2011

Tips & Petua ~ Buat Air Soya Paling Ringkas

soya cap kijang RM2.20

Bahan-bahan & alat wajib ada:
Kacang soya
Air
Gula pasir
Pengisar/blender
Tapis kain - macam kat kedai makan tu.
# sukatan=suka hati, ikut instinct korang!

tapis ini dibeli di kedai runcit deoan rumah sahaja.
tak jumpa di pasar raya!


Cara-cara:
1. Rendam kacang soya itu dengan air paip je.
    Tempoh masa: 1 jam/agak-agak sampai lembut
    untuk dikisar.

2. Tapis air, buang benda asing atau kulit kacang 
    itu kalau rajin.


dah siap tapis..


3. Masukkan kacang ke dalam pengisar & isi air.
    Digalakkan guna air yang bertapis.

airnya tak cukup ni. isi hingga takat maks.


4. Kisar sekejap je sebab kacang dah lembut.

5. Sedia untuk diperah. Lihat contoh gambar.
    Saya guna teknik double boiler strainer sebab
    senang nak letak tapis nanti. Maklumlaa, mane
      nak amik  gambar lagi.. nak memerah lagi.. tak poyo!

 * bayangkan kalau orang yang perah tu tak cantik kukunya.. eeekkk!

inilah senaman jemari runcing gebu


6. Hampas soya tu jangan buang. Boleh kisar lagi
    sehingga kali ketiga. Cuma tambah air je
    (ulang #3 & 4)


kisar kali kedua & ketiga


7. Agak-agak dah penat memerah, bolehlah
    ketepikan hampas tu. Sedia untuk dimasak.
    Guna api kecil je.. Kacau every now n then.
    Agak-agak dah hilang bau maung soya, bolehlah
    masukkan gula, sedikit je.. Jangan manis sangat!

kacau perlahan-lahan. hampasnya buat scrub?


8. Minum panas-panas air soya hangat buatan sendiri
    adalah sangat mengasyikkan:)
    
* AMARAN! Jangan letak daun pandan, konon-
   konon nak wangikan soya tu.


PETUA:
1. Kalau pengisar ada bau cili, sila kisar sekeping roti bai
    campur sedikit air untuk menyahkan bau itu.

2. Sambil-sambil kacau, elok selawat..tambah pahala:)

3. Bibik ajar, elok kacau ikut arah lawan jam.

Sabtu, 1 Januari 2011

Tips 2011 ~ Selalu Bersyukur - Jangan BANGGA sangat!!

hasil google, ori webnye x ingat lo..

2011 = 1432H = Tahun Arnab?

Yang aku tau, 1978 = Tahun Kuda, sebab tu aku ni ade ciri2 atlit (poyo!)
Kalau analisis kalendar kuda ni, 2011 ni macam tahun arnab.
Nantila tanye dengan rakan2 bangsa Cina.

Semoga semuanya lebih cemerlang tahun ini. Itu je..:)


# Nak kongsi satu emel drpd seseorang:

Subject: FW: Sudi-sudikanlah Sebarkan...Amanah




''Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana....


Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan...& perfume anda adalah kapur


barus..

'' Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana....


Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung...



'' Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana....


Tempat Peristirehat anda yang terakhir adalah Kubur..



'' Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana.....


Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga....


Regards,

Azlina Binti Saad

Information Technology Department
Email : azlina@tokiomarinelife.com.my




LinkWithin

related posts with thumbnails