Pages

Wednesday, November 9, 2011

Jawatan Kosong di Badan Berkanun


credited: newclearvision.com
Salam.
Sukacitanya diumumkan berita kekosongan jawatan bertaraf SAMBILAN di sebuah Badan Berkanun Persekutuan iaitu di http://www.lppkn.gov.my/ atau lppknmalaysia.blogspot.com. Pekerja Sambilan Harian (PSH) akan dibayar gaji harian.

Badan Berkanun ialah sebuah agensi kerajaan yang bersifat separuh kerajaan. Semua orang faham, kan? Bagus!!

Jawatan tersebut ialah:
1. Pegawai Tadbir
2. Pegawai Psikologi
3. Pegawai Teknologi Maklumat 
4. Perangkawan
5. Jururawat - waktu pejabat biasa. 
6. Pegawai Pembangunan Masyarakat
7. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
8. Pembantu Pembangunan Masyarakat
9. Atendan Kesihatan
10. Pemandu - kereta, van, bas & mobile clinique

Kekosongan jawatan ialah di Ibu Pejabat LPPKN, LPPKN  WP Kuala Lumpur dan Klinik LPPKN Putrajaya. (Kalau korang dapat, jangan ngada-ngada nak tukar cawangan!). Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 November 2011-Ahad. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web.

*Cubalah mohon kalau berminat. Tak perlu kabel. Yakinlah dengan usaha, & kelayakan anda. Insya Allah, rezeki itu Allah yang tentukan..

**Kalau DAP memerintah sekiranya menang PRU-13, tiadalah jawatan kosong sambilan lagi. Jawatan tetap pon nak dikurangkan. Renung-renungkan & fikir-fikirkanlah.. :-)

22 comments:

  1. wah, tawaran yang menarik

    p/s : Betul ke parti pembangkang nak kurangkan kakitangan kerajaan?

    ReplyDelete
  2. ala...sume tu xbkelayakan rs ny.deg pn xlepas lg

    ReplyDelete
  3. sambilan? baik tak yahla... nanti kena terminate sia sia je...

    ReplyDelete
  4. atok SA,
    itu kan salah satu hajat depa-kalau depa berjaya memerintah.. ;)

    ReplyDelete
  5. TH,
    kalau Penolong Pegawai, guna diploma je dear.. tapi bidang yang berkenaan le. :-)

    ReplyDelete
  6. TK,
    daripada dok 'tanam anggur' tanpa buah tu, baik cari pengalaman, kan? lain la kalau kerabat Brunei.. hoho!

    ReplyDelete
  7. Kekosongan Juretera Biomedikal tidak ada kekosongan?

    ReplyDelete
  8. akubiomed,
    setakat ini, tiada le bos. rasanya waran pon tiada.. :-)

    ReplyDelete
  9. ok. pd semua, sile apply.

    dill.

    ReplyDelete
  10. jauhnye.. akak kalau ad ekeje kat area trg habaq jugak yer.. nk try mintk :)

    ReplyDelete
  11. Area Kuching Sarawak takder ker? Jauh sangat... Ehh.. Ye ke DAP nak kurangkan benda tu? Belum lagi kot..

    ReplyDelete
  12. dah nak masuk bab manifesto politik ker aper nih,puan Rohani?

    ReplyDelete
  13. LB,
    Insya Allah.. TERENGGANU ke? acik tak faham singkat sangat ejaan tu!

    ReplyDelete
  14. Amir,
    kalau ada, i'll roger.

    *gimik je kot!! ;)

    ReplyDelete
  15. Ghost W,
    lalalala..!!! (>.<)

    ekonomi, POLITIK & sosial=faktor penting kemajuan & keharmonian negara, kan.. ;)

    ReplyDelete
  16. huwaaa
    sompek ke lagi nak mohon ni eh
    macehhh! =]

    ReplyDelete
  17. ada trima call utk gi interview PSH, tapi timing x brapa best sbb bz keje kt showroom aritu...

    ReplyDelete
  18. caliph S,
    mungkin ada rejeki > best lepas ni.. :-)

    ReplyDelete