Pages

Friday, August 26, 2011

Jemputlah Baca '7 Sunnah Penting' Ini.

Salam.

Dalam kehidupan sehari-hari, ada kala kita mungkin telah melampaui batas.
Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita
selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari
dari kesilapan.. dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita,
agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh-tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
1: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.


2: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum
mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan
penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul,
atau ayat Qursi.
 
3: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah
ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat
keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yan
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
4: jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

 
5: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah,
dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap
hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat
kali ganda.
 
6: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu
senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat dan
dijaga oleh malaikat dengan dua doa, "ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
 
7: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang
terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu
ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam
lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan
zikir pelbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia daripada
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
 
Sebarkanlah ilmu ini, anda tidak rugi sedikitpun, tidak perlu kredit kepada
blog ini dan tidak perlu backlink.. cukup sekadar sebarkan, dan menjadi
manfaat pada semua – WASSALLAM.
*Penulis asal entry ini tidak diketahui. Saya dapat daripada emel.
Tahniah kepada penulis asal dan anda yang sentiasa amalkan 7 perkara tersebut..





39 comments:

  1. sedap dibaca, tapi nak amal... liat kot...

    ReplyDelete
  2. Semoga kita semua dapat amalkan secara konsisten/istiqomah

    ReplyDelete
  3. InsyaALLAH..
    Tima kasih mengingatkan...


    Slmt menyambut aidilfitri...

    ReplyDelete
  4. Daddy Z,
    Insya Allah.. selamat beramal. :)

    ReplyDelete
  5. Cik Shinju,
    sama-sama.
    *hanya memanjangkan.. :-)

    ReplyDelete
  6. akan cuba mempraktiskannya walau pasti malas akan datang menghalang...

    mesti cuba...

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, sama2 kita amalkan yer nak..

    ReplyDelete
  8. insyaallah kak..apik akan ikot smua

    ReplyDelete
  9. mende yang baik ni kite suke bertangguh, last2 tak buat langsung akibat terlalu mendengar bisikan nafsu, padahal nafsu tu menipu...

    ReplyDelete
  10. sedang cuba sedaya upaya utk mengamalkannya

    dill.

    ReplyDelete
  11. Thanks for the inpo.. Nanti saya amalkan k?!

    ReplyDelete
  12. dalam sibuk dengan urusan harian, kita selalu lupa..itu pentingnya perkongsian ilmu, terima kasih ya..

    tgh berusaha juga~

    ReplyDelete
  13. info menarik..thx sbb kongsi..

    bole diamalkan nnt...insyaallah

    ReplyDelete
  14. insyaAllah, cuba diamalkan, bulan Ramadhan ni senang skit kot nak diamalkan, tapi bulan yang lain2 tak tau la kan.. huhu

    ReplyDelete
  15. Baikkk...sy akan ingat n ikut.

    ReplyDelete
  16. Selamat Hari Raya dear..
    Maaf kalo makcik ade wat salah silap selama ni yer..take care^^

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, BTK!

    ReplyDelete
  18. the best :)

    selamat haru raya. :) maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  19. JA,
    niat dah murni tu. kena murnikan praktisnya je..

    *mesti time ni dah buat kan..? :-)

    ReplyDelete
  20. Ustaz O Ahmad,
    kan dah kena.. adussss!! (",)

    ReplyDelete
  21. Ustaz OA,
    aikk?? nak ngorat Apik ke??
    (beliau belum bertunang ni..)

    ReplyDelete
  22. dill,
    berusaha! semangat beribadah mesti diteruskan!! Insya Allah.. :)

    ReplyDelete
  23. AmirFX,
    sila.. sila. Selamat beramal. :-)

    ReplyDelete
  24. delarocha,
    kasihan bulan lain, kan...?!
    Insya Allah, yakin boleh! :-)

    ReplyDelete
  25. d_LA,
    Selamat raye juga. Maaf zahir batin. W/pong tak pernah jumpa, katonmu tetap jadi pujaan hatiku. hehe!

    ReplyDelete
  26. Uncle F,
    Maaf Zahir Batin ye Uncle.
    *dah TT $$ raye kah? hehe!

    ReplyDelete
  27. Puteri A,
    Slmt Raya. Minta maaf juga. :)

    ReplyDelete
  28. erm.. baca boleh la.. tapi yg nk amal tu susah sikit..
    sama2lah kita saling mngingati satu sama lain

    ReplyDelete
  29. blognya bagus...seru...
    kunjung balik ya..

    ReplyDelete