Pages

Sunday, August 14, 2011

Baju Kurung Siap & Baju Melayu Siap di Jalan TAR

Salam.
Nota penting kepada para pelanggan setia kedai-kedai baju di Jalan Tuanku Abdul Rahman:

1. Baju Melayu siap - boleh didapati di Kamdar & Aniz.
Kedai Aniz ini bukan kedai aku tapi kedai orang, terletak sederet dengan Gulatis/Euro Moda/Bata etc. Dicadangkan untuk harga bajet sederhana. Senang cari baju melayu sahaja, sepasang atau lengkap bersamping. Design kurta yang labuh itu pon ada.  

2. Baju kurung siap - hampir semua kedai ada.
Baju kurung cotton itu harganya RM40 ke atas. Sila pilih dengan teliti sebab ada kedai yang jual stok tahun lepas. Untung tokey sebab stok boleh carry forward!

*Terdapat banyak gerai baju & keperluan raya di kawasan pasar malam Jalan TAR.  Gerai makin bertambah, asal ada je tempat kosong atau tanah lapang, maka adalah gerai.

*Hati-hati kalau nak beli baju di gerai-gerai itu sebab harganya tak display. Kajian rambang kami mendapati ada gerai yang jual baju kurung cotton (high quality) siap, plain & bermanik yang lebih mahal daripada kedai tetap.

Contohnya baju yang design sebijik sama dijual di Rimbun pada harga RM199, di kedai (tak ingat nama) sebelah Giant Maju Junction RM159 tapi di gerai Jln TAR ialah RM249. Harga diskaun ialah RM200!! Mahal mengalahkan kedai berhawa dingin. Baju kurung siap untuk kanak-kanak pon mahal. So watch out!!

*MUAZ Textiles pon ok. Berbaloi-baloi.. hehe! (>.<)


Kawal nafsu shopping..


38 comments:

  1. hehehe...

    dah bertahun rasanya tak beli baju raya....

    ReplyDelete
  2. James A,
    bila dah TUA, macam tu lah yek? :-)

    *tak tido ke??

    ReplyDelete
  3. memang penuh ngan gerai. manusia berpusu-pusu. dah macam sardin dlm tin. pergh~

    dill.

    ReplyDelete
  4. dill,
    sesak oooo..!!
    lagi selesa round kedai je. ada air-cond! tengok harga pon tak sakit hati. :-)

    ReplyDelete
  5. jap jap motip gambo jenazah dgn shopping?????

    buat org takut nk shopping jer kihkihkih...

    dah lama giler tak shopping raya kat TAR kat 10 thn kot kihkihkih

    ReplyDelete
  6. J Gojes,
    hehe! itu soft reminder = 'baju mahal' yang akan kita pakai di sanaaaaaaa.. ;)

    ReplyDelete
  7. GPS bleh detect tak kedai2 yg jual baju melayu?

    ReplyDelete
  8. 1st time x beli baju raya tahun ni..sob*

    ReplyDelete
  9. entah ada entah takde baju raya taun ni
    xyah beli la, save bajet taun ni,haha

    ReplyDelete
  10. ada dua pasang je baju raya..hehe :) syukur alhamdulillah..

    ReplyDelete
  11. apa kene mengena gambar tu dgn shopping ?

    ha ha .

    tahun ni nampak gaya pakai baju raya tahun lepas ni . =)

    ReplyDelete
  12. belum ada nafsu nak bershopping raya lagi...

    ReplyDelete
  13. Ustaz O Ahmad,
    Company saye belum launch lagi tu. Baju tak melayu pon dia bole bagi tunjuk arah dengan tepat nanti. ;)

    ReplyDelete
  14. Sal i,
    takpe, takpe.. beraya dengan baju tak baru pon ok maaa... :-)

    ReplyDelete
  15. aanie,
    hati-hati ye. jangan lupa anak! :)

    ReplyDelete
  16. penaberkala,
    'diulang:
    beraya dengan baju lama pon takpe. janji bersih & kemas'. :-)

    ReplyDelete
  17. HeroicZ,
    saja.. khidmat masyarakat. (>.<)

    *baju tahun lepas ada banyak lagi yang belum pakai kan?!

    ReplyDelete
  18. TK,
    hehe! suka shopping minit terakhir le tu! (^.^)

    ReplyDelete
  19. pssttt...last2 pakai kain kapan ye x....

    ReplyDelete
  20. last sekali shopping kain kapan. hehehe

    ReplyDelete
  21. Bob M,
    hehe! itu baju yang pasti.. ;)

    ReplyDelete
  22. kak..apik takder lagi baju raya..tolong belanja apik..hehehe

    ReplyDelete
  23. Tahun nie tak beli lagi baju melayu.. Recycle balik baju tahun lepas.. haha..

    ReplyDelete
  24. orang tumah tukang jahit.. tapi dia tak jahit lagi baju Khalis..

    ReplyDelete
  25. apik p,
    meh datang sini. kat Hari-Hari je yek! :)

    ReplyDelete
  26. mykhalis,
    itu perkara biasa.
    (kakak sendiri selalu mengadik-tirikan adiknya ini. huhu!)

    ReplyDelete
  27. puteri Ain,
    itu kelas menguruskan jenazah. soft reminder.. ;)

    ReplyDelete
  28. ni org pggil baju raya tunjuk..
    g kedai, tunjuk jer mane yg nak..:D
    ape kaitan gambar jenzh tu..???

    ReplyDelete
  29. Xavi De,
    hehe! baju melayu johor je yang senang nak buat tau tapi tak reti pon! baik beli siap lagi jimat & efisyen.

    *sajeeeeee... :-)

    ReplyDelete
  30. Tahun ini baju Melayu pakai yang tahun lepas sahaja. Cuma baju untuk menziarah beli baru :-)

    ReplyDelete