Pages

Thursday, April 7, 2011

Keli atau Sembilang Gergasi di SOGO?!!

kat kolam air terjun SOGO, KL

(Sila baca dalam 1 nafas sahaja!!):
Siapa TAK suka makan ikan keli (sila rujuk gambar di atas kalau tak kenal ikan keli), sila angkat tangan kanan lenggang-lenggok macam trademark Usop Wilcha Shy8 aka bapa saudara Scha Al Yahya iaitu sedara Sharifah Sheril Aida Syed Kechik; adik kepada Syed Sobri??

Kalau nak tengok sendiri untuk mengukur saiz ikan tu tapi jangan guna carta aku, bolehlah datang ke gedung membeli-belah yang sangat digemari oleh warga kota iaitu SOGO kerana tanpa gagal depa selalu buat SALE, sale & sale lagi.. 

* SOGO 3 Triple Bonus Fiesta: 11-20 April 2011 (members only).
Sape x de kad, sila pinjam kad aku!
* Warehouse Clearance: 14-17 April 2011.
* Say "Cheese", Happy Mother's Day! = due 30 Apr 2011; 9pm

Ikan itu berada di food court SOGO, tingkat 6. Bukan kat dapur tapi di kolam air terjun. Berapakah umur ikan itu? Tak reti la aku nak agak..

awek tu steady je, kena ngap kang!!

Mrs Curly (sengaja tak add link untuk meringankan blog ini tapi dah ada kat blog list Wall of Fame aku. hehe!) panggil ikan curly keli sebagai ikan sembilang tapi mak & bakal tokey ikan cakap sembilang itu di tapak tangan hidup dalam air masin. Kalau yang hidup kat air tawar (kolam/sungai) tu ikan keli.

Nota kaki = Mrs Curly ialah anak jati Negeri Sembilan, sementara itu Mr Curly iaitu suaminya aka artis suam-suam kuku (ampun!) freelance model yang pernah jadi maskot Digi rambut kembang, bukan orang kuning yang debab moncet tu ialah orang Negeri Sepuluh WP Kuala Lumpur. Adakah sebab beliau orang N.Sembilan maka dipanggilnya keli itu SEMBILANG?  mmm... biasanya nama sesuatu objek itu berbeza mengikut tempat.

* Kak Pah (orang Kuching) tokey kek lapis Sarawak & kek tak Sarawak iaitu kek UK/US (just name it!!) tak makan ikan keli sebab ekor ikan keli (yang hidup) tu buat babab libas-libas manja si kecil yang lambat berjalan.. Sekian, petua kak Pah (cute.buttercups ~ ade kat Fall of Fame aku) yang menten slim awet muda macam aku. haha!!   


24 comments:

  1. Besarnya..jom kita tangkap wat kenduri

    ReplyDelete
  2. atok panggil ikan sembilang...PEBBBBRETTTTTT nih kalau masak goreng cili api

    ReplyDelete
  3. Memang betul..Ikan sembilang di air masin...ikan sembilang air tawar..hujung ekornya pun berbeza...

    ReplyDelete
  4. mungkin ikan tu dah tua kot. 2/3 tahun...so, gulai pon sodap

    ReplyDelete
  5. ehem2..patut2la asik nk tbatuk je dr td..rupo ehh ado musuh den dlm kolam tu..hikhik

    ReplyDelete
  6. tok SA,
    mmm.. kompem la org Negeri 9 panggil KELI tu 9g!!

    ReplyDelete
  7. Tanpa Nama,
    hujung ekornya lain? ooo.. TQ! :)

    ReplyDelete
  8. Imran@Copenhagen,
    (orang jauh ni), rasanya dah boleh p play school tu.. atau ia memang jenis baka XXXL.

    ReplyDelete
  9. mr.C,
    uuu..(semakin fasih berbahasa Arab!) mujo ikan tu punye misai tak kerentenggsss!!

    ReplyDelete
  10. azizi,
    piyot gergasi baka yang paling XXXS. (ikan tu yg ckp!)

    ReplyDelete
  11. besarnya...mesti byk lemak ni..

    ReplyDelete
  12. Just nak share... selalunya ikan keli yg saiz besar kalau jumper kat tempat2 makan, itu ikan keli Afrika. Memang jenis ni saiznya besar dan tahan lasak. Kalau dulu saya pernah g makan kat HR Steak Kg Baru, tempat byr yg bentuk bot tu, di kelilingnya ada air dan byk ikan keli jenis Afrika ni, gerun tgk, besar2..takut gak kena ngap.. Tak pasti skrg ada lagi tak.

    ReplyDelete
  13. Tanpa Nama (siapakah gerangan tuan hamba ini?!)
    pernah mkn kat situ 2008 dulu tapi x prasan pon kewujudan keli. Kesimpulannya African ni memang beso2 yek!? *_*

    ReplyDelete
  14. kalau besar macam ni
    mamang tak sdap dah nak di makan
    kalau yang kecil, rangup je
    hehe

    ReplyDelete
  15. tehr,
    sangat setuju! less is more.. :-)

    ReplyDelete
  16. ikan keli tu feveret dla tu..salu gak la jd menu tghari dla..hehe

    ReplyDelete
  17. pergh besarnya. da mcam biawak pulak aku tgk. walaupon aku suka mkn ikan keli tapi kalu besar gabak cam tu takot pulak aku.

    ReplyDelete
  18. Mrs F,
    eeeerrrkkkk! yela, macam biawak. tokey SOGO pon x kasi tgkp tu. :-)

    ReplyDelete