Pages

Monday, January 3, 2011

Tips & Petua ~ Buat Air Soya Paling Ringkas

soya cap kijang RM2.20

Bahan-bahan & alat wajib ada:
Kacang soya
Air
Gula pasir
Pengisar/blender
Tapis kain - macam kat kedai makan tu.
# sukatan=suka hati, ikut instinct korang!

tapis ini dibeli di kedai runcit deoan rumah sahaja.
tak jumpa di pasar raya!


Cara-cara:
1. Rendam kacang soya itu dengan air paip je.
    Tempoh masa: 1 jam/agak-agak sampai lembut
    untuk dikisar.

2. Tapis air, buang benda asing atau kulit kacang 
    itu kalau rajin.


dah siap tapis..


3. Masukkan kacang ke dalam pengisar & isi air.
    Digalakkan guna air yang bertapis.

airnya tak cukup ni. isi hingga takat maks.


4. Kisar sekejap je sebab kacang dah lembut.

5. Sedia untuk diperah. Lihat contoh gambar.
    Saya guna teknik double boiler strainer sebab
    senang nak letak tapis nanti. Maklumlaa, mane
      nak amik  gambar lagi.. nak memerah lagi.. tak poyo!

 * bayangkan kalau orang yang perah tu tak cantik kukunya.. eeekkk!

inilah senaman jemari runcing gebu


6. Hampas soya tu jangan buang. Boleh kisar lagi
    sehingga kali ketiga. Cuma tambah air je
    (ulang #3 & 4)


kisar kali kedua & ketiga


7. Agak-agak dah penat memerah, bolehlah
    ketepikan hampas tu. Sedia untuk dimasak.
    Guna api kecil je.. Kacau every now n then.
    Agak-agak dah hilang bau maung soya, bolehlah
    masukkan gula, sedikit je.. Jangan manis sangat!

kacau perlahan-lahan. hampasnya buat scrub?


8. Minum panas-panas air soya hangat buatan sendiri
    adalah sangat mengasyikkan:)
    
* AMARAN! Jangan letak daun pandan, konon-
   konon nak wangikan soya tu.


PETUA:
1. Kalau pengisar ada bau cili, sila kisar sekeping roti bai
    campur sedikit air untuk menyahkan bau itu.

2. Sambil-sambil kacau, elok selawat..tambah pahala:)

3. Bibik ajar, elok kacau ikut arah lawan jam.

15 comments:

  1. Salam sis tips.waaa..da pandai bikin soya.hehe.nk blaja jugak ni.If i mintak perisa keladi leh buat tak??hehhehe.;p

    Neway,selamat maju jaya sis!!

    ReplyDelete
  2. weh weh..mane ade org bg resepi sukatan die "ikut instinct sdri"! inii tidak adil!

    ReplyDelete
  3. dek Zaerr.com oitt,
    taula u ni 'miang keladi'. hoho!

    * ade ke orang minum air keladi? tapi ade sekerim yam kan..

    ReplyDelete
  4. wok ct,
    kalau dah pakar, macam tu laa..:)

    oittt, kerja la! NenE baru pandai meniarap. da nak p play school ke?

    ReplyDelete
  5. Mknace,
    tq:)

    * itu komen keramat dia. mmmm...

    ReplyDelete
  6. cik tips..pesal tak boleh letak daub pandan?

    ReplyDelete
  7. wahhh.. pasni xyah la bazir duit beli..
    buat sindri pon boleh.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Cikmin,
    ade ke orang buat air soya bubuh daun (bukan DAUB) pandan? eleee..cikmin kan pakar:)

    ReplyDelete
  9. En SOlihin Zubir,
    iyo, guna tangan & jari sendiri pon memang sangat boleh:)

    ReplyDelete
  10. i made this before
    \siyes tak tipu
    puas hati kan bile buat sendiri~
    pekat2
    nyummm4x

    ReplyDelete
  11. Anis Izyan Abd Rahman,
    really?
    mmmm...memang yami yami:)
    (bayangkan kite perah soya tu, then depa minum dengan rakusnya. tapi kuku kita lawa kan? hihi..)

    ReplyDelete
  12. woo best tips nih nk try lah mcm sonang jer..

    ReplyDelete
  13. Puan Bee,
    mem, u kan lg 'pakar'.
    tapi minum sikit je tau:)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum,
    Kenapa kamu kata * AMARAN! Jangan letak daun pandan. jawapan amat diperlukan. Jasabaik anda amat dihargai

    ReplyDelete